Featured

First blog post

This is the post excerpt.

Advertisements

This is your very first post. Click the Edit link to modify or delete it, or start a new post. If you like, use this post to tell readers why you started this blog and what you plan to do with it.

post

DEMAM MENGAMPUNKAN DOSA

( عَنْ جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ السَّائِبِ أَوْ أُمِّ الْمُسَيَّبِ فَقَالَ مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيَّبِ تُزَفْزِفِينَ قَالَتْ الْحُمَّى لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا فَقَالَ لَا تَسُبِّي الْحُمَّى فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ)

Dari Jabir bin ‘Abdullah bahwa Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyab, maka baginda bertanya: “Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?” Jawab Ummu Saib; “Demam! Yang Allah Ta’ala tidak memberi barakah dengannya.” Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana penyakit itu dapat menghilangkan kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya Kir (alat peniup atau penyala api) membersihkan karat-karat besi.”

(HR Muslim No: 4672)

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Sihat dan sakit adalah anugerah Allah kepada setiap orang.
  2. Setiap Muslim yang diuji dengan sebarang penyakit seperti demam, perlu bersabar dan reda di atas penyakit yang dihadapi.
  3. Janganlah menyalahkan penyakit atau merunggut dengan penyakit yang dihidapi.
  4. Ujian penyakit seperti demam, keatas anak Adam akan membersihkan dosa-dosanya seperti kir (sejenis bahan) membersihkan karat besi. Semoga kita sabar dan reda di atas sebarang ujian penyakit.

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

#1hari1hadis

Students: (Pornografi Di Malaysia: Despacito o Rapido?)

‘Despacito’ di ‘Itunes Malaysia’ berada ditempat pertama sepanjang Ramadhan berlangsung. Usai membaca maksud lirik disebaliknya, aku lihat sejauh mana lagu ini menular di media sosial. Astaghfirullah. Moga Allah Ampuni kita semua & Berkati Ramadan kita sebaiknya.

‘Despacito’ bermaksud slowly / dengan perlahan. ‘Despacito’ adalah lagu Daddy Yankee & Luis Fonsi yang menceritakan saat perlakuan seks dilakukan. Dan keseluruhan lirik bputar sekitar tu. Tiada nilai, tiada makna.

Namun berada ditangga teratas ‘Itunes Malaysia’ bermakna ia adalah antara lagu yang paling banyak didengari.

Tak berniat langsung buat status panjang tentang lagu tu demi menghormati Bulan Ramadan. Yg berkisah tentang Ibadah itu jauh lebih Indah utk Inspirasi terbaik diri & yg lain.

Tapi mereka harus tahu, tiada apa yang dibanggakan dengan menari lagu memuja nafsu dibulan syaitan digari. Dan lagu catchy yg diputar seharian ini tidak lain adalah satu simbolik kjahilan, bukan satu simbolik trendy.

Aku tak minta terus lompat ke siaran IKIM. Cukup hentikan Dzikir ‘despacito’, demi menghormati bulan Ramadan. Bulan Syaitan dipenjara. Bulan nafsu dididik dijaga.

Yang tak dengar lagi, baca ni jangan pergi cari. Nanti lekat. Yang dah terdengar, jemput ganti dengan alternatif lebih baik parodi ‘Despacito’ yang bertajuk Ais Cornetto dari VitaminBie. You can still enjoy the beat😊

Kenapa kami cover lagu Despacito?

1) Kerana lagu despacito tu, apabila kami tengok terjemahan lirik lagu tersebut, lirik lagu tersebut sangat-sangat lucah dan mengajak kepada seks.

2) Yang lagi buat kami sedih, orang MELAYU ISLAM menjadikan lagu tu sebagai siulan, menyanyi lagu tu, cover lagu tu dengan lirik yang tidak di ubah. Sehingga lagu tu menjadi VIRAL. Kami tak pasti samada mereka tak tahu maksud lirik lagu tu atau apa, sehingga mereka tak rasa bersalah.

3) LALU, kami berbincang, dan kami buat keputusan untuk menukar lirik lagu tersebut kepada lagu yang mengajak pada tuhan, dan berunsur dakwah. @ustazadnin mengambil masa 3 jam untuk menulis lirik di 3 muka surat kertas A4.

4) Apa harapan kami? Setelah kami record lagu ni bersama The4aith selama 5 hari, kadang-kadang sampai subuh dan sambung sehingga pukul 8 pagi, satu je.

AGAR, rakyat malaysia dah tak siulkan lagu despacito yang asal. Tetapi siulkanlah lagu DEGARILAH yang kami dah usaha buat ini.

Dengan musik yang sama, rima dan susunan vokal yang sama, kami harap, ianya dapat menjadi alternatif hiburan kepada semua anak muda.

Nasihat kami. JAUHILAH dari mendengar lagu-lagu yang liriknya mengajak kepada perkara yang Allah murka.

InsyaAllah, atas permintaan ramai, lagu cover seterusnya dari THE FAITH adalah lagu Shape Of You Ed Sheeran. Sebab lagu tu viral juga, dan bila kami tengok lirik lagu tu, oh, cukup sedih. Lagu tu pun mengajak kepada maksiat juga😭😭
.
.
Moga bermanfaat.

Bantu kami untuk sebarkan lagu DENGARILAH boleh? Sebab kami tak mampu nak lawan arus jahiliah ni seorang diri. Perlu support dari korang juga.
.
.
Last but not least, selain THE FAITH yang buat masa ni kami fokus kepada cover lagu, di bawah kami juga ada Areef Abd Rahman & juga Rabithah .

AREEF dan Rabithah telah pun menerbitkan ALBUM yang korang boleh dengar di itunes, spotify, deezer, dan lain-lain. AREEF ada 5 lagu dan Rabithah ada 15 lagu dalam album mereka!

Inilah usaha kecil kami untuk beri alternatif hiburan kepada masyarakat, supaya kepada kepada hiburan yang mengajak pada islam yang sebenar.

Moga bermanfaat!